Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Merujuk kepad perkara diatas, sebenarnya untuk solat hajat banyak versi-versinya jika kita lihat apa yang tertulis didalam buku maka daripada satu buku ke buku yang lain kadang-kadang ada sedikit kelainan samada pada surahnya ataupun semasa sujudnya.
Ilmu yang akan saya perturunkan agak panjang sedikit daripada biasa mungkin ianya akan mengambil sama dalam 1jam - 1jam 30 min jika untuk mengamalkan akan tetapi jika kita sudah biasa maka kita rasa ringan untuk membuatnya akan tetapi kepada yang baru-baru mula memanglah rasa penat sedikit akan tetapi insyallah apa yang kita minta samada sekejap ataupun lewat ia akan dimakbulkan juga.
Kadang-kadang dihati saya rasa ini ingin membantu dan kadang-kadang ada diantara pembeli e-book saya dimana meminta membuat sesuatu kebiasaanya akan solat hajat bagi mereka. Saya tidak berapa suka mementingkan diri sendiri maka disini mana-mana individu yang mempunyai hajat yang dirasakan kecemasan maka bolehlah emailkan kepada saya insyallah jika mana yang boleh saya bantu saya akan bantu sedaya upaya saya kerana kadang-kadang saya buat untuk diri sendiri sahaja akan tidak menjadi kesulitan bagi saya untuk menyelitkan sedikit hajat anda akan tetapi saya minta janganlah melampaui batas kerana kebanyakan kadang-kadang ada individu-individu yang tertentu bersikap memaksa. Oleh yang demikian anda boleh tuliskan hajat anda dan diemailkan kepada buyexxx@ilmupengasih.com
sekian terima kasih