Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Rasanya tidak terlewat saya mengucapkan kepada muslimin dan muslimat selamat menyambut raya raya idul fitri. Pada bulan ramadan serta syawal ini saya memang sibuk sedikit daripada bulan-bulan yang lain.
Rasaya semua kita biasa menyebutnya dan mengukapnya akan tetapi adakah kita menjadikan ianya sebagai zikir harian. Biasanya kita akan mengungkapnya jika kita ataupun orang disekeliling kita ditimba masalah, kemalangan, kecelakaan dan seumpanya dengannya.
Akan tetapi tahukah jika jika kita menjadikan ianya sebagai zikir harian maka sungguh banyak khasiatnya seperti berikut
- Insyallah dengan izinnya jika kita mempunyai hutang yang banyak akan dilunaskan
- Insyallah dengan izinnya jika kita berdoa maka akan dimakbulkan
- Insyallah dengan izinnya jika kita tiada harta akan diberi harta tanpa dapat difikir dengan fikiran manusia
- Insyallah dengan izinnya jika kita tidak mempunyai anak maka akan diberi anak tanpa dapat difikirkan dengan akal manusia
- Insyallah dengan izinnya jika kita mempunyai sebarang masalah akan diberi pertunjuk ataupun diberikan jalan keluar daripada masalah yang kita hadapi
- Insyallah dengan izinnya jika kita berniaga barang tidak laku ataupun tidak ada pelanggan maka akan diberi kelarisan
Sebenarnya banyak lagi keistimewaan boleh dikatakan daripada segala sudut kemanusian jika kita beristifar maka semua masalah dapat diatasi tanpa dapat difikirkan oleh akal manusia. Saya memohon kepada pembaca blog saya janganlah jika ditimpa malapetaka atau kesusahan barulah kita ingin mewiridkan ataupun dizikirkan buatlah secara sederhana insyallah apabila anda merasa seronok kadang-kadang kita tiada sedar yang mana kita telah menzikirkannya selama 1-2 jam lagi dizikirkan lagi seronok rasanya akan tetapi sebelum dizikirkan maka dihadiahkan al-fatihah seperti yang tertera pada laman utama ataupun mereka-mereka yang telah membeli e-book saya maka sila lihat pada ilmu tasbih yunus. Selepas dihadiahkan maka zikirlah
"astagfirullah al-azhim" sebanyak mana yang anda suka dan jika sudah puas maka janganlah mengankat punggung kita doalah mintalah apa-apa yang kita inginkan insyallah pada segala hajat kita akan ditunaikan . Sebenarnya beristifar ini ada banyak jenis pelajarilah ianya jika boleh amalkan istifar nabi memang agak panjang sedikit akan tetapi dengan
"astagfirullah al-azhim" pun sudah mencukupi
Akan tetapi mungkin setelah anda mengamalkan jika kita sakit saya minta teruskan jika kita sakit maka buatlah pada kadar yang kita rasa termampu. Kadang-kadang orang ada bertanyakan kepada saya kenapa ianya panas ataupun ianya mendatangkan penyakit seperti demam yang agak panjang daripada biasa ataupun selesema yang agak panjang. Itulah satu pertanda baik kerana mungkin kita dalam hidup ada melakukan kesilapan ataupun kesalahan maka dibumi kita telah menerimanya selepas deman ataupun sakit insyallah anda akan merasakan sesuatu kesenangan dalam hati. Insyallah apa-apa yang anda lakukan akan membuahkan hasil. Seperkara lagi ada juga yang bertanya kepada saya kenapa ada setengah-setengah barang makanan yang dimakan tidak lama kemudian kita muntah ataupun cirit birit ataupun seumapanya.
Soal makanan ini agak sukar saya hendak katakan ini anda kenalah belajar sendiri. Akan tetapi anda boleh membeli buku dihalal hub saya tidak berapa ingat penulis buku sebab buku tersebut telah hilang insyallah setelah anda membacanya memang menakutkan dimana memang tidak boleh saya sebutkan disini. Carilah buku-buku berkenaan permasalah permakanan. Salah satu contoh boleh saya berikan ada tiga iklan coklat yang biasanya dipaparkan di kaca TV sebenarnya tidak halal oleh itu lihatlah dahulu lebih halalnya jangan terus main beli. Disini saya berpandangan sepatutnya iklan-iklan makanan yang haram seharusnya dilarang daripada keluar di kaca TV kita kerana TV ini boleh memberi impak yang mendalam didalam akal kita.
Oleh itu jagalah permakanan kita jika kita muntah maka cuba elakan kita membeli produk tersebut belilah produk yang kita rasa yakin.
Makanan yang adalah perkara yang penting perlu di titik berat. sebab cuba kita fikirkan kepada orang kita dizaman ini banyak berlaku pembuangan bayi, bunuh sesama menusia, berjudian, rumah urut bersepah, penzinaan, bunuh diri ataupun seumpanya. Makanan jika tidak betul-betul halal ianya mempengaruhi nafsu kita. Oleh itu sebelum kita membeli sesuatu kita harus berjaga-jaga lihat dan periksa sebelum membeli kadang-kadang peniaga ini jahat juga meletakan produk yang tidak halal di tempat yang halal insyallah jika kita menjaganya maka permasalah sosial dan nafsu kita dapat kita bendung.
Jika kita mengamalkan setiap hari maka secara tidak langsung keistimewaan yang kita tidak sedari akan keluar dengan tanpa disangka-sangka ataupun tanpa kita sedari. Setiap manusia ataupun insan telah diberi keistimewaan tersendiri dengan cara kita beristifar keistimewaan itu akan keluar dengan tanpa kita sedari.
Sebenarnya memang banyak sekali rahsia astagfirullah ini memang banyak sekali disini memang saya tidak dapat nyatakan berapa jumlah yang perlu kita zikirkan. Ikutlah kemampuan masing-masing jika kita ingin sesuatu istimewaa maka lakukan ianya dengan yakin, tawakal, istiqomak dan sabar insyallah apa yang kita hadapi akan mendapat jalan keluar. Lakukanlah mula hari ini selagi nyawa kita dikandung badan jika kita telah diambil pergi tidak gunalah lagi insyallah kita akan merasa menyesal dikemudian hari.
sekian terima kasih